EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Khamis, 28 Januari 2010

TAKLIMAT JURULATIH UTAMA PROGRAM LINUS PEMULIHAN

Petang semalam saya dijemput ke Taklimat Jurulatih Utama Program Linus Pemulihan Khas PPD Kota Bharu bagi tahun 2010.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Hj. Amanah b. Derahim, Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas dan Sektor Swasta. Dalam mesyuarat tersebut dinyatakan bahawa satu kursus akan dibuat kepada semua guru pemulihan PPD Kota Bharu pada 09 Februari 2010. Kursus itu ialah Kursus Linus Pemulihan. Jurulatih Utama yang telah berkursus harus bersedia untuk memberi penerangan kepada guru-guru pemulihan yang berkursus nanti. Kursus akan dijalankan selama 1 hari bertempat di PPD Kota Bharu. En. Mohamad Najib b. Mohd Lajin diberi tugas untuk menyampaikan kursus.


Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Mohd Najib (SK. Sri Bemban), En. Zainudin (SK. Lundang), En. Zulkilnain (SK. Padang Garong 1), En. Mohd Fadzil (SK. Mentera), Pn. Nik Hafizah (SK. Mentuan), En. Saufi (SK. Sri Melor), En. Mohd Zaki (SK. Kubang Kerian 1), Pn. Rahan (SK. Bunut Payong) dan Pn. Hanisah (SK. Kok Lanas).

2 ulasan:

NIK AZHAR berkata...

Cgu Najib Lajin tu kawan saya sejak tahun 1990 lagi. Masa tu kami sama2 berkursus Manikayu 4A di Kem Kijang setelah tamat latihan perguruan di maktab masing2. Kebetulan pula dia berasal dari Sg. Tengar yg bersebelahan dg kampung org rumah saya di Sabak Bernam. Kpd Cgu Saufi, kalau jumpa dia lagi, sampaikan salam saya kpdnya. Last sekali jumpa di pekan (pasar tani) di Tanah Lesen, Parit Baharu.

NIK AZHAR berkata...

Cgu Fadzil (SK Mentera) tu pula sedara saya. Baru 2-3 hari lepas (ptg Jumaat) dia dtg berkunjung ke rumah saya. Cgu Amanah Derahim pula saya kenal masa sama2 jaga PMR di SMK Dato Ahmad Maher.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta