EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Ahad, 28 Jun 2009

AKTIVITI KELAB DOKTOR MUDA DI PERHIMPUNAN 28 JUN 2009



Ahli Doktor muda menunjukkan cara-cara membasuh tangan dengan betul.

Perhimpunan pada 28 Jun 2009 dihiasi dengan aktiviti Kelab Doktor Muda yang menunjukkan cara membasuh tangan dengan betul dan sempurna.

Tujuh cara membasuh tangan dengan betul :
1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
2. Gosok tapak tangan.
3. Gosok setiap jari dan celah jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan.
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
7. Keringkan tangan dengan kain bersih.

Ahad, 21 Jun 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DI PERHIMPUNAN AHAD 21 JUN 2009

Adik Zulkarnain b. Mat Salleh (6A2) menerima sijil penyertaan daripada PK. KO Pn. Hjh. Zaini bt. Awang kerana menghadiri Kursus Perdana Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang diadakan di Pantai Perkasa Bachok pada 11-13 Jun lepas. Seramai enam orang peserta yang menghadiri kursus ini dan diiringi oleh guru penasihat En. Suhaimi b. Ismail.
Adik Nur Farahanen bt. Hj. Faisal Shukri (6A1) menerima sijil penyertaan daripada PK. HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah kerana menghadiri kursus Pemantapan Bahasa Melayu Puteri Islam Daerah Kota Bharu di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Kota Bharu.

Adik Maisarah bt. Nurul Azdi (6A1) menerima pingat dan sijil daripada PK. HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah kerana menghadiri Majlis Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kesihatan Kota Bharu 2009 yang diadakan pada 18 Jun lepas di SMK. Kampung Chengal.

Khamis, 18 Jun 2009

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NAJIB

Majlis perpisahan dipengerusikan oleh PK 1 Tn. Hj. Zakaria. Beliau mengucapkan terima kasih diatas jasa-jasa yang diberikan oleh cikgu Najib selama berada di SK. Sri Melor dan mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru iaitu SK. Manek Urai 2, Kuala Krai.

En. Mohd Najib menyampaikan ucapan perpisahan dalam majlis ringkas di Bilik Gerakan pada 01.15 tengah hari 18 Jun 2009.

PK HEM Pn. Hjh Rusnah menyampaikan cenderahati kepada cikgu Najib mewakili unit HEM.

PK KO Pn. Hjh. Zaini menyampaikan cenderahati mewakili unit KO kepada cikgu Najib.

Biasanya murid beratur ketika membeli makanan di kantin tetapi hari ini cikgu beratur untuk menikmati jamuan perpisahan cikgu Najib. "Kalau ada lagi minggu depan cikgu bertukar ke hulu, boleh makan lagi kita" kata seorang cikgu berseloroh.

Biodata ringkas cikgu Najib :
Nama : Mohd Najib b. Zakaria
Gred SSM : DGA32
No. Fail JPN : D24025
No. KP : 660624035505
Tarikh lantikan : 01.03.1989
Tarikh sah : 01.03.1990
Tarikh mula berkhidmat di SK. Sri Melor : 01.01.2003
Alamat : Kg. Hutan Buloh, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
No. Tel : 013-9829359
"SELAMAT BERTUGAS KE SEKOLAH BARU, SEMOGA BAHAGIA SELALU"

Isnin, 15 Jun 2009

DUA MURID SK. SRI MELOR MEWAKILI MSSK

Mohd Amin Fakri b. Mohd Raddi dari kelas 6A3 telah dapat mewakili MSSK ke pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun peringkat MSSM. Dalam pertandingan tersebut MSSK telah mendapat tempat ke-2. Kelihatan beliau sedang menerima pingat dan sijil daripada Guru Besar En. Ismail b. Ibrahim.
Muhamad Adam b. Mohd Asri, murid dari kelas 6A3 telah dapat mewakili MSSK ke Pertandingan Bola Baling bawah 12 tahun peringkat MSSM di negeri Kedah Darul Aman. Dalam perlawanan tersebut MSSK telah mendapat tempat ke-4. Kelihatan beliau sedang menerima pingat dan sijil daripada Guru Besar En. Ismail b. Ibrahim.

Selasa, 9 Jun 2009

PENGGUNAAN BILIK PEMULIHAN





Kelas pemulihan juga digunakan untuk kelas tuisyen 5SBT2 bagi mata pelajaran Mathematics. Kelas-kelas SBT mathematics yang telah dijalankan ialah pada tarikh-tarikh berikut :
1. 20.02.2009 : Name and write number. Develop number sense up to 1000 000.
2. 28,02.2009 : Determine the place value of the digit in any number up to 1000 000.
3. 19.03.2009 : Develop number sense up to 1000 000. Round off number.
4. 21.03.2009 : Add any two to four numbers to 1000 000.
5. 02.04.2009 : Multiply two digit and three digit numbers with 0, 10, 100, 1000.
6. 24.04.2009 : Culculate mixed operation on whole numbers involving multiplication and division.
7. 16.05.2009 : Divide a number less than 1000 000 by a two-digit number.
8. 30.05.2009 : Solve problems involving multiplication.
9. 02.06.2009 : Solve problems involving mixed operation of division and multiplication.
10. 03.06.2009 : Name and write improper fractions with denominators up to 10.
11. 09.06.2009 : Convert mixed number to improper fractions and vice versa.
12. 11.06.2009 : Add and subtract mixed numbers with different denominators up to 10.
13. 13.06.2009 : Multiply whole numbers with proper fractions.
14. 20.06.2009 : Convert fraction of thousandths to decimal numbers and vice versa.
15. 11.07.2009 : Round off decimal numbers to the nearest tenths and hundredths.
16. 26.07.2009 : Solve problems involving multiplication of decimal numbers.
17. 06.08.2009 : Convert proper fractions of tenths to percentage.

KEM KECEMERLANGAN UPSR (FOTO GURU)

En. Masrof, Pn. Rossaedah dan Ustazah Azizah sedang menyediakan nasi goreng untuk murid-murid. En. Masrof sebagai ketua chef masakan merupakan pakar memasak dan amat prihatin dengan makanan murid-murid. Kalaulah tidak ada cikgu masrof maka sukarlah guru-guru lain menentukan menu masakan.
Pn. Aniza pula pakar dalam membakar ayam. Kalau tak ada beliau pada malam tersebut maka tak habislah ayam dibakar. Ayam yang dibakarnya amat sedap sehingga siapa yang memakan akan tersenyum puas! Lihatlah foto di bawah.

Cikgu-cikgu ni pula tersenyum puas kerana dapat menghabiskan ayam yang dibakar! Kalau tak ada mereka maka tak habislah ayam pada malam tersebut. Kalau tak habis, kan membazir tu!


Ceramah motivasi bukan saja berkesan kepada murid-murid malah guru-guru turut sama merasa tempiasnya.

En. Wan Abdullah dan En. Mohd Shukran membuat post istimewa setelah mengadili pertandingan bola sepak dan bola tampar bagi murid-murid lelaki.

KEM KECEMERLANGAN UPSR (FOTO HARI KETIGA)

Murid-murid mendengar ceramah Bahasa Inggeris daripada Mr. Cheng.
PK 1 memberi pesanan terakhir kepada murid-murid setelah berakhirnya ceramah Bahasa Inggeris.
Wajah murid agak ceria pada hari terakhir kem ini. Mungkin agaknya masing-masing terbayang hendak bertemu dengan keluarga.


Bagi memelihara kebersihan taman ini, murid-murid mengutip sampah di kawasan sekitar taman rehlah ini.

Tinggal sarang saja!
Kalau hari pertama tempat ini mengandungi seekor burung hantu tetapi pada hari ketiga, burung hantu sudah tiada lagi. Siapa yang melepaskan burung hantu ini menjadi tanda tanya kepada penjaga taman rehlah ini?

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009 (RAGAM MURID PADA TENGAH MALAM KEDUA)

Rilek nampak, tak mengantuk lagi ke?
Ai... takkan pakaian tidur macam ni...!
Tenang nampak... adik kita ni tidur!
Macam-macam ragam murid pada tengah malam kedua. Kalau malam pertama kebanyakan murid tidak tidur tetapi pada malam kedua nampaknya ramai yang berasa letih dan terus lena.

Ahad, 7 Jun 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR (REAKSI MURID PADA CERAMAH MALAM KEDUA)











Ceramah motivasi yang dibuat pada sebelah malam hari yang kedua benar-benar mendatangkan keinsafan kepada murid-murid. Tidak hairanlah ada dikalangan murid-murid yang menangis mendengar ceramah ini.

Sabtu, 6 Jun 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009 (AKTIVITI HARI KEDUA)

Aktiviti petang bagi murid lelaki : Pertandingan bola sepak dan bola tampar.
Aktiviti petang bagi murid perempuan : Pertandingan permainan bola jaring dan bola tampar.

Ustaz Zakiyudin mengimamkan Solat Zohor dan Asar.


Aktiviti ilmu : Ceramah sains dan matematik dijalankan pada sebelah pagi dan awal tengah hari.

Burung hantu yang ada di Taman Rehlah ini menjadi tarikan kepada peserta kem kecemerlangan UPSR.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009 (FOTO HARI PERTAMA)

PK 1 mengimamkan sembahyang asar setelah selesai menguruskan penginapan murid-murid.
Peserta mendaftar untuk memasuki bilik penginapan masing-masing.

Pintu masuk Taman Rehlah. Di sinilah tempat kem kecemerlangan UPSR diadakan.


Murid sedang menaiki bas untuk ke Kem Kecemerlangan UPSR.



En. Wan Abdullah mendaftarkan peserta untuk menaiki bas sama ada bas pertama, kedua, ketiga atau keempat.

Catatan ringkas:
Kem Kecemerlangan UPSR diadakan di Taman Rehlah, Pantai Semerak, Pasir Puteh pada 05 Mei hingga 07 Mei 2009.

Khamis, 4 Jun 2009

AKSI GURU PADA HARI SUKANEKA 2009

Saat yang paling gemilang ialah ketika menyampaikan hadiah.
Apa yang dilihat tu... sampai ketawa nampak?

Din... takkan pakai henpon je? Mana dvdnye?
Perah kuat-kuat.. biar tubik air banyak-banyak, barangkali itulah yang dikatakan oleh guru rumah hijau tu ye!
Kuat-kuat-kuat....begitu bersemangat guru rumah merah memberi sokongan kepada pasukannya.
Catatan ringkas :
Pesta sukan SK. Sri Melor 2009 telah dijalankan pada 24 Mei hingga 27 Mei 2009.
Keputusan masih lagi Kuning menjadi juara. Hijau naib juara. Biru tempat ketiga dan Merah tempat keempat.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta